Sunday, August 29, 2010

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA…………..



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan mereka akan resah, masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada di dalam Syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa. Dijadikan wanita daripada ulang rusuk yang bengkok itu untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi,seandainya lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang lurus mampu menghasilkan bayang- bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t sebagai PenciptaNya. Didiklah mereka dengan panduanNya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan Harta, kerana nantinya mereka akan Liar. Jangan hiburkan mereka dengan Kecantikan kerana nantinya mereka akan semakin Menderita. Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Di situ punca kekuatan dunia!!! Akal Senipis Rambutnya….. Tebalkan ia dengan Ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan Akhlak. Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya mereka akan melihat nilaian keadilan Tuhan. Bisikkan ke telinga bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya disitulah Kasih dan Sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat kejadian, pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan. Tanpa Iman, Ilmu, dan Akhlak mereka tidak akan lurus. Bahkan mereka akan sentiasa semakin membengkok. Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan Tuhannya. Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki mejadi huru- hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata- mata. Tapi, binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin Wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepada Nya. Jinakkanlah diri kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Nescaya akan jinaklah segala- galanya di bawah pimpinanmu. Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az- Zahra andai dirimu tidak sehebat Saiyidina Ali Karamullahuwajhah……
                                                Amin Ya Rabbal A’lamin……..     
  ~ My Family~

4 comments:

  1. Tersentuh dengan madah ini. Andai Sang Lelaki dapat memahami apa yang dicoretkan.....

    ReplyDelete
  2. F>A>T:hehe..
    Diharapkan begitu lah..;-)

    ReplyDelete
  3. i like: jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka akan liar...

    *adik follow blog ni yer*

    ReplyDelete